Welcome to KarenSoft.com
About KarenSoft
 Welcome to KarenSoft.com          
   SEARCH
   


 Company Information
· About KarenSoft
· Newsroom
· Executive Team
· Investor Relations
· Jobs at KarenSoft
· Contact Us

 Spotlight





KarenSoft Business Consulting Services
Consulting services are now available at KarenSoft.

























For investors who wish to have exposure in the software IT sector, there are not many choices on the KLSE. KarenSoft may be a good bet... More



KarenSoft is recognised among Asia's 250 fast growing technology companies in the inaugural Asia-Pacific Technology Fast 500 Programme compiled by Deloitte Touche Tohmatsu...




Are Malaysian organisations ready to take up the challenge of automating and streamlining their supply chains? More



KarenSoft & SMI
You will find in this section up-to-date information, pertinent links and latest news relevant to SMIs...






Newsroom

KarenSoft yakin ERP2 jana jualan RM50 juta
Utusan Malaysia, Ekonomi, Tuesday, July 20, 2004


SUNGAI BULOH 19 Julai - Syarikat pembekal perisian tempatan, KarenSoft Technology Bhd. (KarenSoft) yakin ia mampu meraih perolehan sebanyak RM50 juta melalui penjualan sistem Perancangan Sumber Perusahaan Lanjutan (ERP2) kepada ahli-ahli Persatuan Usahawan Perabot Malaysia (MFEA) dalam tempoh tiga tahun.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chee Chong Hwa berkata, sistem ERP2 yang berharga antara RM100,000 hingga RM250,000, akan diperkenalkan kepada lebih 2,000 ahli MFEA melalui seminar dan pameran bergerak secara berterusan.

"Meskipun Malaysia mengeksport perabot keluarannya ke 160 buah negara menjadikannya menduduki tempat ke 11 terbesar di dunia, ia menghadapi saingan hebat daripada China dengan kos sumber manusianya yang rendah.

"Pengeluar perabot perlu membaiki operasi dengan mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti produk.

"ERP2 yang mengintegrasikan teknologi ke dalam pengurusan perhubungan pelanggan (CRM), pengurusan rantaian pengedaran (SCM) dan proses pengurusan kewangan dan sumber manusia memastikan matlamat ini dicapai dan kami jangkakan lebih kurang 10 peratus, atau 200 ahli MFEA akan menggunakan sistem ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian dengan MFEA di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Perabot Kuala Lumpur dan Selangor, Steven Tan.

Chong Hwa berkata, ERP2 yang khusus untuk sektor pembuatan, menggalak dan mengukuhkan integrasi perusahaan dan menghapuskan pertindihan kerja, sekali gus mengurangkan keseluruhan kos sumber.

Selain itu, ia juga menghasilkan penghantaran pada masa dan berkualiti, mengurangkan kos inventori dan membangunkan tahap berdaya saing melalui pengurangan kos dan peningkatan kepuasan pelanggan, katanya.

"Promosi ERP2 tidak dilakukan ke atas individu tetapi melalui kerjasama secara strategik sebegini untuk memudahkan kami menumpukan usaha," katanya.

Menurutnya lagi, KarenSoft tidak mempunyai pesaing kerana kebanyakan syarikat menyediakan sistem ERP2 atau CRM dan bukan kedua-duanya seperti mereka.

Tan pula berkata, negara-negara Timur Tengah kini muncul sebagai pasaran berpotensi untuk perabot tempatan.


Copyright © 2002-2006 KarenSoft Technology Berhad. All rights reserved.