| SEARCH |
|
|
|

|
 |
 |
Company
Information |
 |
Spotlight |
|
|
 |
|
KarenSoft sertai pasaran Asia Barat, India, Pakistan
Utusan Malaysia, Ekonomi, Thursday, December 16, 2004
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Penyedia penyelesaian, KarenSoft Bhd,. (KarenSoft) dijangka memasuki
pasaran Asia Barat, India dan Pakistan tahun depan menerusi produk barunya, KarenSoft
ExecSuite.
Pengerusi Eksekutifnya, Chee Chong Hwa berkata, dua pengedarnya menyasar untuk menjual
6,000 KarenSoft ExecSuite di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Arab Saudi, Pakistan dan India
setiap tahun.
"Selain pasaran luar negara kami turut memberi perhatian terhadap pasaran tempatan dengan
memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan produk baru kami," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada taklimat penganalisis mengenai operasi KarenSoft di sini,
hari ini.
Menurut Chee, terdapat syarikat dari negara ASEAN, China dan Australia yang turut
menunjukkan minat untuk membawa masuk KarenSoft ExecSuite ke negara masing-masing.
Berikutan pengenalan produk barunya itu, tambah beliau dijangka mencatatkan perolehan
sebanyak RM12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005.
Mengenai produk baru itu, Chee berkata, syarikat merancang untuk memperkenalkan pelayan
perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) (SMS server) pada masa depan.
Tambah beliau, produk baru yang akan diperkenalkan itu dijangka mendapat sambutan
memandangkan perniagaan SMS yang menggalakkan ketika ini.
|
|
|
|
|
|
|