Welcome to KarenSoft.com
About KarenSoft
 Welcome to KarenSoft.com          
   SEARCH
   


 Company Information
· About KarenSoft
· Newsroom
· Executive Team
· Investor Relations
· Jobs at KarenSoft
· Contact Us

 Spotlight





KarenSoft Business Consulting Services
Consulting services are now available at KarenSoft.

























For investors who wish to have exposure in the software IT sector, there are not many choices on the KLSE. KarenSoft may be a good bet... More



KarenSoft is recognised among Asia's 250 fast growing technology companies in the inaugural Asia-Pacific Technology Fast 500 Programme compiled by Deloitte Touche Tohmatsu...




Are Malaysian organisations ready to take up the challenge of automating and streamlining their supply chains? More



KarenSoft & SMI
You will find in this section up-to-date information, pertinent links and latest news relevant to SMIs...






Newsroom

KarenSoft jangka ERP2 jana RM50 juta
Berita Harian, Ekonomi, Tuesday, July 20, 2004



CHEE (kanan) bertukar dokumen dengan Lim sambil disaksikan Tan pada majlis memeterai MoU antara KarenSoft dengan MFEA di Sungai Buloh, semalam.


KARENSOFT Technology Bhd (KarenSoft), pengeluar perisian dan penyedia rumusan, menjangka penyelesaian Perancangan Sumber Enterpris 2 (ERP2) berpotensi menjana perolehan kira-kira RM50 juta kepada syarikat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

ERP2 adalah penyelesaian e-perniagaan merangkumi perancangan jualan dan pengedaran serta pengurusan logistik, kawalan perolehan, perakaunan, maklumat sumber manusia dan pengurusan hubungan pelanggan (CRM).

Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Eksekutif KarenSoft, Chee Chong Hwa, berkata penyelesaian itu yang disasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu membantu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan pengurusan.

“ERP2 yang menggabungkan sistem Perancangan Sumber Enterpris (ERP) dan CRM berkemampuan meningkatkan daya saing sesebuah syarikat terutama yang berdepan persaingan antarabangsa.

“Kos bagi pelaksanaan penyelesaian ini bergantung kepada keperluan sesebuah syarikat dan dianggarkan bernilai RM100,000 hingga RM250,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara KarenSoft dengan Persatuan Usahawan Perabot Malaysia (MFEA) di Sungai Buloh, Selangor, semalam.

Pada majlis itu Chee mewakili KarenSoft, manakala MFEA diwakili pembantu Setiausaha Eksekutifnya, Lim Yong Keong. Ia turut disaksikan Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Perabot Kuala Lumpur dan Selangor, Steven Tan.

Menerusi MoU itu, KarenSoft akan mempromosikan penyelesaian ERP2 kepada kira-kira 2,000 MFEA pada seminar dan pameran bergerak yang dianjurkan persatuan itu.

Chee berkata, syarikat akan memanfaatkan program seminar dan pameran bergerak MFEA itu bagi meningkatkan kesedaran PKS mengenai ERP2.

Beliau menganggarkan sekurang-kurang 10 peratus daripada ahli MFEA mempunyai peruntukan untuk melaksanakan penyelesaian ERP2 KarenSoft bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi mereka.

“Di samping mengurangkan kos inventori dan pertindihan kerja, ERP2 mampu membantu syarikat meningkatkan mutu penghantaran kepada pelanggan,” katanya.

MFEA yang bertanggungjawab dalam promosi perabot di pasaran tempatan dan luar negara dianggotai 11 persatuan perabot negeri.

“Kerjasama ini membolehkan pengusaha perabot meningkatkan keupayaan operasi mereka dengan menggunakan teknologi bagi mengendalikan proses kewangan, sumber manusia, pengurusan rantaian bekalan dan CRM, sekali gus meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa.

“Kami juga akan mengembangkan penyelesaian ini kepada persatuan lain khususnya yang terbabit dalam sektor pembuatan,” katanya.




Copyright © 2002-2006 KarenSoft Technology Berhad. All rights reserved.