| SEARCH |
|
|
|

|
 |
 |
Company
Information |
 |
Spotlight |
|
|
 |
|
KarenSoft laksana pelan pengembangan ke tiga negara
Berita Harian, Ekonomi, Tuesday, May 11, 2004
KARENSOFT Technology Bhd (KarenSoft), penyedia rumusan enterpris, bersedia melaksanakan
pelan pengembangan di China, Iran dan Thailand tahun ini, serta pelancaran produk baru.
Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Eksekutif KarenSoft, Chee Chong Hwa, berkata pelan
pengembangan ke China itu dijangka dilaksanakan di Yangzhou.
Penerokaan ke bandar berkenaan, yang mempunyai lebih 1,600 perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) akan dilaksanakan dengan kerjasama antara syarikat itu dan Kerajaan China.
"Kami kini mempunyai anak syarikat milik penuh, KarenSoft China Venture Sdn Bhd yang
ditubuhkan pada 20 April untuk melabur di China," katanya kepada pemberita selepas
Mesyuarat Agung Tahunan ke-6 KarenSoft di Pulau Pinang, semalam.
Chee berkata, syarikat akan memberi tumpuan kepada PKS di Yangzhou yang mempunyai
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di China untuk peluasan operasinya tahun ini.
"Kami tidak berminat melabur di bandar besar lain di China dan Jepun atau Korea.
Strategi kami lebih kepada bandar raya bersaiz sederhana dan negara membangun," katanya.
KarenSoft baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Simaye Sharif dari
Iran, bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di pasaran Asia Barat. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|