| SEARCH |
|
|
|

|
 |
 |
Company
Information |
 |
Spotlight |
|
|
 |
|
KarenSoft tembusi pasaran ERP2 Thailand
Berita Harian, Ekonomi, Friday, September 03, 2004
KARENSOFT Technology Bhd (KarenSoft), menjalin kerjasama strategik dengan firma perunding Thailand, SI Management Consultants Co Ltd (SI Management) bagi memasarkan penyelesaian Perancangan Sumber Enterpris 2 (ERP2) di negara itu.
Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Eksekutif KarenSoft, Chee Chong Hwa, berkata kerjasama itu dijangka membuka laluan kepada syarikat untuk menembusi pasaran ERP2 di Thailand yang bernilai kira-kira RM375 juta.
Beliau berkata, ia juga akan membantu syarikat untuk meluaskan pasaran perisian dan rumusannya.
"Thailand ialah pasaran Asean pertama yang diteroka oleh KarenSoft. Sebagai permulaan, kami mensasarkan jualan kira-kira
RM2.5 juta dalam tempoh setahun beroperasi di negara itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara KarenSoft
dengan SI Management di Hotel Rennaissance, Kuala Lumpur, semalam.
Pada majlis itu, KarenSoft diwakili Chee, manakala SI Management oleh pengarah eksekutifnya, Sirintip Sanguanklin.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, SI Management akan menganjurkan seminar sempena
pelancaran ERP2 KarenSoft di Bangkok pada 7 September ini, bagi meningkatkan kesedaran
pengguna mengenai kepentingan sistem berkenaan.
SI Management yang beroperasi sejak 2000, terbabit dalam menyediakan khidmat rundingan, pemasaran
dan latihan berasaskan perkhidmatan serta pembangunan sumber manusia kepada industri.
KarenSoft syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) yang disenaraikan di Pasaran Mesdaq
Bursa Malaysia meletakkan sasaran untuk muncul sebagai peneraju penyedia penyelesaian ERP2 di Asia Pasifik.
Chee berkata, sejajar dengan matlamat itu, KarenSoft giat meneroka peluang baru bagi mengembangkan
operasinya di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, syarikat itu sudah mula memasuki pasaran Iran menerusi kerjasama dengan
syarikat telekomunikasi negara itu, Simaye Sharif bagi memasarkan penyelesaian ERP2.
Selain itu, KarenSoft juga melaksanakan pelan pengembangan ke China dengan memilih Yangzhou
yang mempunyai kira-kira 1,500 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai pasaran sasaran.
|
|
|
|
|
|
|